Tentang Brindley Training & Camp

Brindley Training & Camp adalah sebuah syarikat pengendali Kem & Perunding Latihan yang beroperasi di Kompleks UNITI, Pasir Panjang, Port Dickson Negeri Sembilan.

Brindley Training & Camp Sdn Bhd atau singkatannya BTC merupakan sebuah syarikat milik bumiputera yang menguruskan kem latihan Brindley (Brindley Training Camp) di Pair Panjang, Port Dickson. .

BTC terletak di persisiran Selat Melaka, berhampiran hutan rekreasi Pasir Panjang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan aktiviti lasak samada di darat, hutan atau laut. Aktiviti-aktiviti pelbagai tahap cabaran ini boleh disesuaikan dengan tahap kecergasan peserta. BTC menjanjikan tempat yang sesuai untuk program bina semangat, bina pasukan, induksi dan motivasi. Kami mempunyai jurulatih-jurulatih berpengalaman untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti outdoor.

BTC juga menyediakan kemudahan penginapan berbentuk dorm dan chalet, dewan makan serta dewan/bilik seminar dengan harga yang amat berpatutan.

Aktiviti di Brindley

pakej ipt sekolah 60 btc 2018

PAKEJ IPT / SEKOLAH 2018

pakej teambuilding btc dewasa 2018

PAKEJ TEAMBUILDING 2018

pakej smart squad btc 158 2018

PAKEJ SMART SQUAD 2018

kem sepakat btc 2018

PAKEJ MANAGEMENT GAME 2018

2 alam

PAKEJ 2 ALAM 2018

FULL PAMPLET BTC baru

PAKEJ KESELURUHAN 2018

SENARAI AKTIVITI DI BRINDLEY

Menyemai sifat-sifat kepimpinan selain dari mengukuhkan jati diri di dalam diri pelajar. Di samping itu dapat melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam pengurusan masa dan membentuk sifat-sifat kepimpinan.

     
 

Membina kekuatan fizikal dengan mengharungi lautan selama satu jam untuk sampai ke Pulau Perjudi. Anda akan merasai kepuasan bila sampai ke destinasi pulau apabila dapat menikmati keindahan alam yang dijadikan oleh Yang Maha Mencipta.

     
 
 

Terdiri daripada pelbagai halangan mencabar yang setiap satunya mempunyai fungsi, keseronokan serta kepuasan tersendiri antaranya:-
Terowong, Tembok, Halangan Pagar, Titian Gantung, Gayutan Tarzan, Tangga Kambing, Halangan Tembok

     
 

Jauh dari kesibukan kota, para peserta berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi dengan berjalan di dalam hutan sambil menghirup udara segardan suasana yang penuh kehijauan.


Aktiviti kembara malam menjanjikan pengalaman para peserta merasai suasana kegelapan didalam hutan dan merasai cabaran apabila bermalam didalam hutan yang penuh kegelapan.

     
   

Program ini sebagai persediaan untuk membentuk kualiti diri agar mampu memberi impak positif kepada pasaran semasa. Program ini mengambil pendekatan ‘adventurous learning’ dengan menekankan aspek fizikal, mental, emosi dan kerohanian melalui ceramah, latihan fizikal serta latihan dalam kumpulan.

     
 
 

Rasai keindahan alam apabila berada di menara dan keseronokan meluncur di udara.

     
 

Pelanggan Kami

SWASTA

AGENSI DAN JABATAN KERAJAAN

NGO DAN NPO

SEKOLAH

IPT

Testimoni Pelanggan Kami